Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

Suami Temui Isteri BERKEMBAN Dengan Lelaki Lain


Kota Kinabalu – Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.

“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.

“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini.

“Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.

“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.

“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.

“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.

Menurutnya, tinjauan pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya. – HARIAN METRO

Read More..

Minggu, 16 Februari 2014

Lelaki di Cina Merangkak Sejauh 200 Meter Untuk Meminta Maaf Kepada Isteri Hai lelaki jangan curang !

   posted by indah.com on 4 Julai 2012



Merasa bersalah kerana telah berbuat curang terhadap isterinya, seorang lelaki di Cina rela merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf.

Setiap beberapa langkah, lelaki ini bersujud di atas aspal jalan raya kota Putian, Provinsi Fujian. Dahinya terlihat merah kerana lumuran darah. Para pejalan kaki berhenti untuk melihat kejadian tersebut.



Seseorang mencuba mendekatinya untuk menawarkan pertolongan, tapi dia  menolak sambil mengucapkan "terima kasih." Lelaki itu lalu menjelaskan bahawa dia sengaja melakukan hal tersebut kerana merasa bersalah terhadap isterinya.
Dia berniat merangkak seperti itu untuk mencapai Zhengrong Times Square yang berjarak sekitar 1000 meter dari awal lokasi ia merangkak. Namun baru seperlima dari jarak yang seharusnya ditempuh, saksi  melihat seorang wanita turun dari   motorsikal, memanggil taksi dan membawa lelaki itu  pergi dari sana.

Hmm...cukup romantis. Tapi mungkin lebih baik jika lelaki ini melakukannya di trotoar.

sumber
Read More..

Selasa, 31 Desember 2013

Suami terkejut isterinya bersama lelaki lain di rumah



PETALING JAYA -Bukan sekadar curang, malah seorang wanita turut nekad mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh suaminya sejurus dia dicekup ketika asyik berasmara dengan lelaki lain di rumahnya di Desa Mentari, di sini, pagi kelmarin.

Itu perlakuan terlampau isteri berusia 38 tahun yang juga ibu kepada lima anak terhadap suaminya yang dikahwini selama 18 tahun lalu.

Sumber polis berkata, kejadian bermula kira-kira jam 6 pagi ketika suami wanita itu, seorang kontraktor berusia 41 tahun, baru tiba di rumahnya selepas menyelesaikan urusan kerja di luar kawasan.

Menurutnya, sebaik membuka pintu rumah, lelaki itu terkejut mendapati isterinya berada dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki tidak dikenali di ruang tamu.

“Berikutan itu berlaku pertengkaran antara suami isteri terbabit sebelum kekasih kepada wanita itu turut masuk campur dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan termasuk mahu membunuh kontraktor itu,” katanya.(metro)
Read More..