Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isteri. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

Suami Temui Isteri BERKEMBAN Dengan Lelaki Lain


Kota Kinabalu – Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.

“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.

“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini.

“Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.

“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.

“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.

“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.

Menurutnya, tinjauan pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya. – HARIAN METRO

Read More..

Minggu, 16 Februari 2014

Lelaki di Cina Merangkak Sejauh 200 Meter Untuk Meminta Maaf Kepada Isteri Hai lelaki jangan curang !

   posted by indah.com on 4 Julai 2012



Merasa bersalah kerana telah berbuat curang terhadap isterinya, seorang lelaki di Cina rela merangkak sejauh 1000 meter untuk meminta maaf.

Setiap beberapa langkah, lelaki ini bersujud di atas aspal jalan raya kota Putian, Provinsi Fujian. Dahinya terlihat merah kerana lumuran darah. Para pejalan kaki berhenti untuk melihat kejadian tersebut.



Seseorang mencuba mendekatinya untuk menawarkan pertolongan, tapi dia  menolak sambil mengucapkan "terima kasih." Lelaki itu lalu menjelaskan bahawa dia sengaja melakukan hal tersebut kerana merasa bersalah terhadap isterinya.
Dia berniat merangkak seperti itu untuk mencapai Zhengrong Times Square yang berjarak sekitar 1000 meter dari awal lokasi ia merangkak. Namun baru seperlima dari jarak yang seharusnya ditempuh, saksi  melihat seorang wanita turun dari   motorsikal, memanggil taksi dan membawa lelaki itu  pergi dari sana.

Hmm...cukup romantis. Tapi mungkin lebih baik jika lelaki ini melakukannya di trotoar.

sumber
Read More..

Jumat, 14 Februari 2014

AC Mizal Sedih Tidak Diberi Peluang Beri Kasih Sayang Kepada Anak Dengan Bekas Isteri


Pengacara yang sinonim dengan rancangan televisyen komedi iaitu Datuk AC Mizal telah meluahkan rasa sedih kepada mStar Online. Menurutnya ini kerana dia tidak pernah diberi peluang untuk membelai dan memberikan kasih sayang terhadap dua orang anaknya, tinjauan perkahwinan dengan bekas isteri Shafnie Zainudin.

Kali terakhir kami bertemu ketika di mahkamah iaitu kes tuntutan nafkah daripada pihak Shafnie.
Saya tahu, dengan apa yang telah berlaku (perbalahan isu tuntutan nafkah), saya percaya banyak kesan yang berlaku terhadap dua orang anak saya itu.
Dan jujurnya, saya sangat merindui mereka berdua. Saya sedih dan kecewa, tetapi nak buat macam mana.

AC menambah bahawa dia bertemu dengan anaknya iaitu Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, kali terakhir pada tiga tahun lalu dan memahami yang berkemungkinan besar kedua-dua anaknya itu enggan bertemu dengannya. AC mendakwa bahawa dirinya seorang yang tidak suka memikirkan masalah dan sentiasa pandang ke hadapan, walaupun sibuk dengan kerja-kerja perniagaan dia tetap akan tunggu dan lihat menantikan anak-anaknya dengan penuh kesabaran dan yakin mereka akan kembali ke pangkuannya.


AC, 42, bercerai dengan Shafnie pada 17 Oktober 2001 dan berkahwin dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002. Melalui perkahwinan dengan Emylia, AC mempunyai dua anak iaitu Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.

Untuk makluman anda, Syafnie telah memfailkan tuntutan nafkah terhadap AC pada tahun 2008 dan kes tersebut sehingga kini masih dibicarakan di mahkamah.

Bila membaca berita ini, kami ingatkan anak-anak AC dengan isteri pertama berada di luar negara kerana AC tidak dapat berjumpa mereka, rupa-rupanya setelah diselidik mereka tinggal di Lembah Kelang juga. Mungkin AC juga patut mengusahakan untuk berjumpa anaknya dan tidak hanya menunggu? Apa pendapat anda? sumber


Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Gambar Mesra Ustaz Don Isteri Di Mesir


Posing menarik Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry Rafie ketika melawat Mesir baru-baru ini. Beliau yang popular dalam rancangan 30 Minit Ustaz Don melalui TV Alhijrah dilihat amat bahagia sekali disamping Husna. 

“Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah. Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki, Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” ujar Ustaz Don mengenai zuriat. Untuk info, mereka bernikah pada 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H.  SUMBER






Read More..

Selasa, 17 Desember 2013

Polis buru suami pukul isteri dalam lif


GEORGETOWN - Rakaman video seorang isteri dibelasah suaminya yang tersebar di laman Youtube sejak semalam kini sedang disiasat pihak polis.

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif.

Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.    

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

Mazlan berkata, lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

"Tindakan suami itu keterlaluan kerana memukul isteri di hadapan anak yang baru berusia empat dan lima tahun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Read More..