Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

SULTAN SULU TIDAK DIIKTIRAF

Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mendengar soalan pada sidang akhbar di Manila.

1- Kesahihan arahan pemimpin yang dikenali sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar pasukan tentera diraja ke Sabah pada 12 Februari lalu dipertikai, menurut akhbar dalam talian ABN News.


2- Ia ekoran beberapa penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada 1990.

3- Media asing dan beberapa sumber di internet sebaliknya menyatakan adiknya, Esmail Kiram II adalah Sultan Sulu yang sah.

4- Berusia 74 tahun, Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu sekarang.
Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu
5- Kesultanan Sulu mendapat perhatian umum apabila Kiram III menghantar pasukan tentera diraja bagi menuntut Sabah pada 12 Februari lalu.

6- Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang di sini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan terdapat kesangsian dalam keturunan kesultanan tersebut.

7- Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.

8- Justeru, Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III ke atas negeri Sabah di Malaysia. "Kajian ini agak menyeluruh," katanya.

9- Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat.

10- Dalam perkembangan berkaitan, pemerintah Filipina menyatakan tiga orang termasuk dua anggota polis terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan lelaki bersenjata Filipina tersebut berhubung pertikaian tuntutan ke atas Sabah.

11- Insiden itu berlaku selepas berpuluh-puluh pengikut Kiram III belayar dari selatan Filipina untuk menuntut Sabah.

12- Sebelum ini Kiram III memberitahu, Kesultanan Islam Sulu pernah menguasai sebahagian Pulau Borneo termasuk Sabah selain beberapa gugusan pulau di selatan Filipina.

13- Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez yang memetik kenyataan Duta Malaysia berkata, turut terbunuh dalam pertempuran itu ialah pemilik rumah yang diduduki ketua kumpulan bersenjata tersebut.

14- Namun, katanya, kewarganegaraan pemilik rumah berkenaan tidak dapat dipastikan.

15- "Duta Malaysia juga menyatakan bahawa saki baki kumpulan pengikut Kiram III di Lahad Datu melarikan diri ke arah laut," katanya.

16- Menurutnya, 10 anggota kumpulan Kiram III turut ditangkap.

17- Tambah Hernandez, beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan seorang jurucakap di Manila bagi pihak kumpulan pengikut Kiram yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia menembak mati 10 anggota mereka dan mencederakan empat yang lain.

18- Jelasnya, Manila telah meminta maklum balas rasmi berhubung operasi keselamatan tersebut dari Kuala Lumpur.

19- Tambah jurucakap sama, Duta Malaysia menyatakan kepadanya bahawa konfrontasi itu sudah berakhir.

20- Sementara itu, jurucakap Kiram III, Abraham Idjirani mendakwa penembak-penembak tepat Malaysia telah membunuh 10 pengikut sultan tersebut dan mencederakan empat lagi anggota kumpulan berkenaan.

21- "Saya bercakap dengan ketua kumpulan Kiram melalui telefon sebentar tadi (semalam) dan bertanya berapa pengikutnya yang mati. Dia menjawab 10 orang. Saya menanyakan angka kecederaan dan dia berkata, empat orang," kata Idjirani dalam satu sidang media di kediaman Kiram di sini.

22- Idjirani menegaskan bahawa pengikut-pengikut Kiram III berikrar akan terus berjuang dan tidak akan meninggalkan Sabah.

23- Ketua mereka, Raja Muda Agbimuddin Kiram iaitu adik Kiram III berjaya mengelakkan diri daripada ditangkap dan masih berada di Sabah bersama beberapa pengikutnya untuk terus bertempur, jelas Idjirani. "Ini (pertempuran) baru permulaan," ujarnya.

24- Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara (Sabah) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an.
25- Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Malaysia menyatakan, 12 warga Filipina dan dua anggota polis Malaysia terbunuh dalam insiden semalam.

26- Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah.

27- Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963.

28- Menurut perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa. - Agensi

LINK


Read More..

Jumat, 14 Februari 2014

AC Mizal Sedih Tidak Diberi Peluang Beri Kasih Sayang Kepada Anak Dengan Bekas Isteri


Pengacara yang sinonim dengan rancangan televisyen komedi iaitu Datuk AC Mizal telah meluahkan rasa sedih kepada mStar Online. Menurutnya ini kerana dia tidak pernah diberi peluang untuk membelai dan memberikan kasih sayang terhadap dua orang anaknya, tinjauan perkahwinan dengan bekas isteri Shafnie Zainudin.

Kali terakhir kami bertemu ketika di mahkamah iaitu kes tuntutan nafkah daripada pihak Shafnie.
Saya tahu, dengan apa yang telah berlaku (perbalahan isu tuntutan nafkah), saya percaya banyak kesan yang berlaku terhadap dua orang anak saya itu.
Dan jujurnya, saya sangat merindui mereka berdua. Saya sedih dan kecewa, tetapi nak buat macam mana.

AC menambah bahawa dia bertemu dengan anaknya iaitu Muhammad Shafiq Iman, 17, dan Muhammad Shabil Iman, 14, kali terakhir pada tiga tahun lalu dan memahami yang berkemungkinan besar kedua-dua anaknya itu enggan bertemu dengannya. AC mendakwa bahawa dirinya seorang yang tidak suka memikirkan masalah dan sentiasa pandang ke hadapan, walaupun sibuk dengan kerja-kerja perniagaan dia tetap akan tunggu dan lihat menantikan anak-anaknya dengan penuh kesabaran dan yakin mereka akan kembali ke pangkuannya.


AC, 42, bercerai dengan Shafnie pada 17 Oktober 2001 dan berkahwin dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002. Melalui perkahwinan dengan Emylia, AC mempunyai dua anak iaitu Mohd Reeve Damien, 10, dan Fea Eryssa, 5.

Untuk makluman anda, Syafnie telah memfailkan tuntutan nafkah terhadap AC pada tahun 2008 dan kes tersebut sehingga kini masih dibicarakan di mahkamah.

Bila membaca berita ini, kami ingatkan anak-anak AC dengan isteri pertama berada di luar negara kerana AC tidak dapat berjumpa mereka, rupa-rupanya setelah diselidik mereka tinggal di Lembah Kelang juga. Mungkin AC juga patut mengusahakan untuk berjumpa anaknya dan tidak hanya menunggu? Apa pendapat anda? sumber


Read More..

Minggu, 24 November 2013

Widget Alexa hilang tidak tampil di sidebar!


Salam semuanya...Gimana puasanya pada lancar kan?Awas jangan sampe bolong ya...Hehe!!!
Pada postingan kali ini saya mau menuturkan pengalaman saya di blog tercinta saya ini..Maaf kalo saya berlebihan...Karena mang semua ini memerlukan proses yang cukup membuat kepala saya pening 7 keliling..!!! Makanya saya cinta banget ama blog saya ini..Begitu pula dengan anda kan?Pasti anda sangat menyayangi web/blog anda...Apalagi kalo Pagerank blogNya dah menetas dan tumbuh menjadi dewasa..Ayo ngaku ayo?Hehe...
Ok..Begini ceritanya, suatu waktu saya mengalami hal aneh yaitu widget Alexa saya tidak menampakan dirinya di sidebar..Beribu-ribu tanya dalam benak saya..Ada apa ini??! Apa yang terjadi..Dari sinilah petualangan dimulai dari sabang sampai merauke...Hehe ^_^!! Dari hasil petualangan saya tidak menemukan jawabnya..Karena dari hasil blogwalking saya hanya mendapat penjelasan sebagai berikut:
- Blog belum di daftarkan di alexa (halah..Ini neh yang bikin saya tambah pusing dan esmosi) Orang saya dah daftarin.."jawab saya dalam hati"
- Koneksi jaringan yg tidak stabil. (Nah ini juga yg membuat saya menyicipi banyak warnet..Tapi solusinya belum dapet juga..)
Kemudian sayapun pulang dari warnet dengan beribu-ribu tanda tanya..Sampe makan dan tidurpun gak enak..."Masa iya ah?!" Wkwkwkwkk....
Besoknya saya pergi lagi ke warnet dan mencoba mengobrak-ngabrik lagi blog saya, widget Alexa yg sebelumnya saya hapus dan saya ganti dengan widget Alexa yg baru tentunya dari situs Alexa sendiri..Dan ternyata hasilnya nihil juga..Maka saya pake aja widget alexa dari Rankwidget.com dan ternyata muncul rank alexaNya...Halah..Halah..Makin pusing aja saya dibuatnya...
Tapi karena hati dan mata saya tidak merasa srekK dengan widget alexa dari Rankwidget tersebut..,walaupun banyak variasi tampilannya..Tapi saya tetap senang dengan widget Alexa yg asli dari pembuatnya...Karena ketika saya memakai widget alexa dari Rankwidget., ketika saya Reload ulang blog Saya ternyata di pojok bawah kiri browser, data / informasi yang dipanggil atau ditransfer adalah ke url Rankwidget.com bukan ke Alexa..Dan tentu saya takut terjadi sesuatu terhadap ranking alexa saya...Karena seperti pada mitos yg merupakan salah satu cara meningkatkan ranking alexa yaitu dengan cara memasang widget alexa..Walaupun akurat atau
tidaknya tapi kalo menurut saya pribadi sih setuju...Contoh simpleNya gini aja, tiap Sekolahan pasti mempunyai logo/simbol instansinya masing-masing bukan? serta logo tersebut selain dipampang di depan sekolah logo tersebut juga dipasang di seragam para siswanya..Kenapa coba?? Ya iyalah coba anda bayangkan murid dari sekolah A masuk ke sekolah B..Apa yg terjadi...?Pasti si murid dari sekolah A tidak akan diakui oleh sekolah B..Hehe..
Ko jadi ke sekolah ya..? Ya tapi ini sih menurut pendapat saya...Dan karena inilah saya bersikeras pengen memperbaiki widget alexa saya, Ok sob, singkat cerita akhirnya saya temukan solusinya..Sempat saya pindahkan posisi widget alexa diatas widget feedjit..Dan ternyata si alexa menampilkan dirinya lagi.."Ko...??"Tanyaku sendiri...Kemudian saya pindahin di posisi lain tidak muncul lagi
kesimpulan langsung saya dapat, ternyata widget feedjit mang lumayan agak berat diloadnya..Sehingga kehabisan energi untuk memunculkan alexa..Padahal widget diblog saya ini tidak terlalu banyaklah menurut saya..Akhirnya saya simpan tuh si widget feedjit di bagian footer blog ini dan saya simpan kedalam widget menu Tab view untuk mengurangi beban loading karena bagi saya widget feedjit ini
berguna banget bagi kita untuk mengetahui dengan mudah artikel mana aja yg sudah dibuka oleh visitor di blog kita, ini sih menurut kenyamanan saya pribadi.
Nah... mungkin sekian sebagian dari banyaknya hambatan pada proses belajar dalam dunia blogging. Dan siapa tahu sebagian dari sobat anda yang mengalaminya dan mudah2an artikel ini bisa membantu, dan satu hal lagi pakailah widget-widget yg sekiranya penting aja untuk mengurangi beban blog anda. Karena koneksi jaringan internet itu tidak selalu stabil.
Read More..